25 February 2009

Maafkan aku

Lama rasanya tidak menulis…maaf kepada rakan2 yang setia bersama blog ku..hari ini sebenarnya banyak yang nak diceritakan……23 feb – 24 feb 2009 hari bertemu pelanggan uitm,seperti biasa aku menjaga booth untuk kolej kediaman serta fakulti ku sendiri..malas nak diulas panjang ape yang hendak diceritakan aku mengalami cirit birit dan keracunan yang maha hebatnya..2 malam aku tidur didalam tandas..hanya allah saja yan g tahu macam mana deritanya…mungkin angkara nasik percuma pemberian HEP kepada yang menjaga booth..sakit..amat sakit kenapa la baby dalam ni asik tendang2 n nak keluar jer…sakit tau tak !!!!…25 feb aku ke pusat kesihatandan ditahan sampai lebih kurang tengah hari disebabkan kekurangan air yang banyak dalam badan..aku benci pusat kesihatan uitm sebenarnya kerana dr didalam tu semua hampeh..disebabkan oleh mereka la aku kena penyakit yang kronik dahulu sehinnga aku di beri cuti khas oleh pihak fakulti..arhhh kalau la dr tu semua buat kerja dengan elok aku rasa mungkin aku dapat diselamatkan daripada sakit yang maha teruk dahulu…tapi takpelah itu semua kenangan yang akau akan simpan dalam sejarah hidup aku…dan akau berpegang pada qada dan qadar allah yang maha besar……..aku sakit-teramat sakit…maafkan aku wahai teman kerana ada yang menyusahkan kalian semua..aku amat menghargai itu semua..walaupun mungkin kalian agak bosan untuk melayan diriku tapi kini aku hanya ada kalian utuk ku mencurahkan segalanya dan memohon secebis simpati……..

Maafkan aku andai menganggumu ditengah malam aku hanya ingin memberitahu,yang aku tidak mampu untuk menahan lagi..aku bersyukur kau ada walaupun hanya sementara….

Kepada seseorang aku minta maaf..minta maaf sangat7 kepada mu…bukan aku menolak cintamu ..maafkan aku tak dapat nak menyambut cintamu wahai insan yang tang begitu tulusnya cinta dan hatimu kepada ku…bukan aku tidak ingin rasa dicintai tapi hatiku ini belum mampu untuk memerima cinta dan aku bukanya jenis yang mudah menerima cinta..sekali hatiku sudah dicuri selamanya untuk dia..maffkan aku tapi jangan berputus asa aku sentiasa akan cuba cuba untuk wujudkan cinta dalm hatiku ini lagi...

Bak kata seseorang..lupakan segalanya dan mulakan yang baru..bagi aku bukan mudah kata2 amat mudah tapi aku yang mengalaminya amat berat…
Maafkan aku….


~ yang tulus ikhlas rIz ~

20 February 2009

warkah hatiku..


Semakin aku cuba hendak melupakanmu..
Semakin membuak- buak rinduku padamu..
Semakin aku cuba untuk pergi jauh darimu..
Semakin dekat hatiku kepadamu..
Semakin aku cuba membencimu..
Semakin membuak- buak cintaku dan rinduku padamu..
Tapi ketahuilah sayang akau tidak mampu membencimu sayang..
Apakah perasaan ini hanya aku yang merasainya??....
Teramat berat rasanya..rasa hati ingin di lepaskan beban ini…


aku menolak untuk bertemu dengan mu bukan aku dah membuangmu dalam hidup ini..
tapi….aku takut..takut hati ini akan kecewa lagi..
ikhlas dari hati aku sebenarnya aku teramat merinduimu sayang..
sangat rindu hanya aalah yang mengerti kesakitan hatiku ini…
setiap detik..setiap saat..setiap minit..setiap jam..setiap masa berlalu..
terasa beratnya dan begitu lama kurasa..hanya kekosongan jua kehilangan kurasai
menghuni hati ini..dimanakan ku temui penghujungnya resah ini..
seumpama ku menanti sejawapan rindu…

tapi aku tau yang kau tak penah tau pun apa yang aku rasa
dan tak ambil tau lagi mengenai diriku lagi..
tak mengapalah..aku pasrah..pasrah andai ini ketentuanya…
walaupun kau kini tiada lagi…namun hatiku tetap kepadamu..
kenangan bersamamu subur mewangi ..takan luntur dari ingatanku..

teristemewa untuk yang ku sayang..dulu kini dan selamanya.

17 February 2009

janji ku pada bintang

Patutkah aku menunggu mengharap
pada bintang yang aku sendri tak tau..
aku tak tau dan xpernah tau rupa nya..
bintang itu bukan milikku lagi...
bintang itu sedang berbahagia disana...
sedangkan aku..???aku akan masih...masih menanti..
dan akan setia menanti..

hingga sampai 1 saataku tiada lagi dsini...
letih kuu..letihku akan semua ini...
bilakah ia akan berakhir....
mungkin sampai 1 saat...
bila bintang itu melafazkan bahwa
DIA tak memerlukan aku lagi..saat itu....
aku akan pasrah..akur....
mungkin semua ini ketentuan ilahi..namun hatikuu..hatiku ini..hati yg punya perasaan
wahai bintang….aku setia menanti dan berdoa agar bintangku ini akan kembali kepadaku…

~rIz~

16 February 2009

puisi cinta kau dan aku


Kalaupun syurga itu indah…aku tetap pilih kamu..
Kalaupun hembusan angin itu lebih menyenangkan…aku tetap pilih kamu..
Dan kalau waktu itu adalah nyawa.. aku akan tetap pilih kamu..
Dan sekarang kau tahu betapa besarnya kamu dalam aku kan ??..

Maafkanlah andai rangkap ini kurang baik dan agak tidak masuk rasional akal tapi…..
Itulah rasa hati aku padamu betapa agungnya cinta yang aku beri…
Adat dunia andai ada yang tidak berkenan dihati kamu dengan sikap pasangan kita sendiri…

Oleh itu kita harus memberinya masa untuk menyempurnakan semua itu…
janganlah di humban cinta itu semudah ABC….sayangilah sebuah cinta itu kerana ianya anugerah...anugerah dari ilahi …mungkin kita tidak sedar apa yang kita lakukan akibatnya…
berfikirlah sebelum melakukan sesuatu..bak kata pepatah pujangga dulu..

“terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasalah badan”..

Sekali lafaz perpisahan terucap kamu sudah menghancurkan hatinya wahai insan yang bernama kekasih..
Sedarlah..pedihnya bak sembilu yang kecil..tidak Nampak dengan mata kasar tapi…
Teramat sakit..sakit yang tidak dapat diungkap…
Janganlah dilihat pada fizikalnya..ketahuilah hatinya….

Ku catitkan semua ini bukanya untuk menyalahkan mu dan memburukan mu..
Kamu teramat istemewa dalam hidupku..

tidak sekali ku menyalahkan mu...
tidak sekali ku membenci mu..
tidak sekali ku membuang mu..

tidak sekai ku menghina mu…

tidak mampu ku lakukan semua itu kerana cinta yang ku beri padamu tidak mengajarku
dengan semua itu…….

Walaupun kamu bukan jodoh aku didunia ALLAH ini dan kini kau bukan miliki ku lagi..
Hatiku tetap padamu..aku ingin kau tahu hati ini hanya untuk kamu..

Sayang..berbahagialah di dunia ini bersama insan yang kamu sayang kini..
Aku sentiasa mendoakan kamu..
Walaupun berat kata- kata ku ini tapi inilah caranya…

Apa yang penting ku ingin kamu bahagia walaupun kamu tidak bersama ku lagi..

Semasa menulis ini air matu ku seperti empangan tasik kenyir yang pecah.. Mencurah – curah membanjirkan kawasan berhampiranya…

Bahagiakanlah dia..jangan sekali kamu mensia-sia kan dia..berilah cinta yang sejati yang ada dalam dirimu..yang mungkin aku tidak pernah dapat dulu..

Aku tahu..segala kenangan kita tidak ada bersamamu lagi.. Kenangan pertama kita mengenai hati budi..kenangan zaman berputiknya cinta.. Kenangan zaman persekolahan yang indahnya bagai syurga dunia.. Dimana surat – surat menjadi saksi cinta kita..

Susah senang dizaman itu masih segar dalam ingatanku..
Aku masih ingat “date” pertama kita…
Date itulah yang membawa kisah pertama aku diuji sejauh mana cinta aku padamu..
Aku sangup mempertahankan diri dirimu dek “kesalahan kita berdating” disekolah..

Kelakar bila difikirkan..manusia yang baru setahun jagung tahu erti cinta itu berjuang habis- habisan bagi mempertahakan permaisuri hatinya..biarlah aku menanggung segala hukuman yang diberikan

Tetapi jangan di usik dirimu..itulah yang sering kukatakan bila menjawab segala pertuduhan untukku..

Sayang..adakah kamu ingat detik- detik itu?...
Tak mengapalah aku tidak menyalahkan dirimu…
Tidak aku lupa juga ketika aku sakit…sakit..kamu membuatkan aku air dan bagi ubat..
Aku terasa diri ini disayangi..amat disayangi..terima kasih sayang di atas semua itu..

Kita pernah bertikam lidah angkara masa yang tidak mengizinkan…
Setiap kali habis waktu persekolahan hatiku girang..nak tau tak kenapa?....
Sebabnya aku akan pulang ke asrama bersamamu..bestnya…
Aku akan ke blok kelasmu menjemputmu..biarlah apa orang nak kata yang penting bagiku..
Aku bersama dengan mu…kadang- kala sakit hati ku bila menjemputmu kamu sudah tiada..

Arhh..geramnya…

Aku tahu bak kata Kawan- kawan mu dimana kamu pergi tapi…kanapa tidak menunggu ku?...
Salah ke kita pergi bersama- sama..
Aku tau kamu segan…

Aku rasa panjang aku meleret tapi xpe aku nak lukan juga apa yang terpendam ini..

Setiap hari aku menjadi MC dekat sekolah…untuk aku tak rasa gementarnya dihadapan khalayak ramai mata ku tidak lepas meliar mencarimu..agar ku tenang apa yang kupandang adalah orang yang ku sayang…aku pelik,musykil bukanya aku tidak ada yang meminatiku disekolah itu..tapi..semuanya tidak dapat menarik pintu hati ku…

Dan bila datangnya kamu dalam hidupku memang aku sendiri pelik kenapa..kenapa ye..hati ni macam dah kena sakit..owhh baru ku tahu macam mana cinta itu yang sebenarnya..

Yang pertama ku rasakan cinta yang betul- betul cinta dalam hidupku..

“awak tolong pegangkan phone sy jap”…itulah ayat pertama..sy terus berlari ke atas pentas...Macam dah di atur rasanya pertemuan kita ini…suka untuk ku mengingat semua itu..
Bermula pada itulah kisah kita bermula……

Kalau kamu nak tahu disebabkan cinta kitalah yang memberi aku semangat untuk ku Berjaya di zaman persekolahan dan diterima masuk ke UNIVERSITI..

Dan bermula di UNIVERSITI lah segalanya berubah…………

Perubahan yang kurasakan amat ketara..amat berat..amat pedih..

Aku juga mengaku mungkin kerana kita terpaksa menempuh halangan yang amat besar..

Kamu dan aku berjahuan..selatan dan di tengah disebabkan faktor yang jauh adalah antara punca retak nya kasih yang kita bina ini…dahulu dizaman persekolahan kita setiap masa kita bersama …

Emmm…sakitnya bila diingat lagi…ku masih ingat kata- katamu yakni ingin seseorang yang sentiasa bersama mu..aku tidak mampu kita jauh sayang mengertilah…

Tak mapu nak ku coretkan lagi..aku sedih..aku akui aku agak sibuk dengan organisasi yang ku ceburi..

Tapi aku nak kamu paham inilah diriku inilah aku…

Maafkan aku tidak memberi 24jam masaku bersama mu..
Maafkan aku tidak sentiasa membelaimu..

Maafkan aku tidak sentiasa berada disampingmu..

Maafkan aku tidak menjemput mu pulang ke bilk sehabisnya kelas..
Maafkan aku tidak dapat menemanimu ke perpustakaan..
Maafkanlah aku..aku tidak mampu..

Jarak kita jauh-jauh…bukanya yang membezakan jauh kita setapak langkah kaki tapi seluas langit yang membiru..maafkanlah aku..maafkan aku kerana tidak dapat memberikan semua itu seperti mana dizaman persekolahan kita dahulu..

Banyak benar kenangan kita..dan masih banyak lagi yang tidak ku coretkan dalam blog ku ini…
Ku rasa cukuplah dahulu setakat ini..andai masa tidak sentiasa cemburu kepadaku akan ku coretkan lagi dan mungkin cerita yang penuh antara kita…
simpanlah segala kenangan kita jauh dilubuk hatimu…aku meyayangimu….

14 February 2009

~ cuma kamu ~


~ cuma kamu ~

bila nanti ada yang mencintai ku
tak akan pernah aku menerimanya
dan bila nanti datang bidadari
tak akan pernah hatiku kan ku beri

* karna kamu wanita yang telah ku pilih
cuma kamu penjaga hati ini
karna kamu wanita yang telah ku pilih
ku mohon jangan pergi

jadilah wanita yang ku puja
untuk selama-lamanya
jadilah wanita yang sempurna
selama kau bernyawa


11 February 2009

belajarlah menulis di atas pasir..

Dua orang sahabat karib sedang berjalan bersama mencari arah yang sebenar dan setibanya Dua orang sahabat karib saya ringkaskan A & B di sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba tercetus pertengkaran antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tampran yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir. Hari ini sahabat baikku telah menampar pipiku...”

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu. “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”

A bertanya, “Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir ?. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum B berkata, “Ketika seorang sahabat menyakiti hati kita, kita harus menulis di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatkannya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu...”

teman fahamilah maafkanlah segala kesilapan oarang yang pernah menyakiti kita..buangkan segala duka ..ingatlah segala kenangan manis bersamanya..kerana semua itu akan menjadi kenangan bila ia tiada di alam fana ALLAH ini lagi..

~rIz~

10 February 2009

maafkan andai ririku ada meninggalkan kesan dalam hatimu..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan ku sekiranya diriku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati KAMU."

~rIz~

02 February 2009

selamat ulang tahun sayang

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita

Chorus
Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia

Kerana setia yang mencipta bahagiamu

bahagiakanlah DIA

wahhh..lamanya tak menulis..mungin kekangan masa yang cemburui..banyak urusan - urusan yang perlu diselesaikan..tak mengapa dengan ada sedikit masa ini ku cuba bawakan hari- hari ku bersama- sama teman yang membaca blog ku...

seminggu cuti tapi bagi ku xda erti cuti yang sebenarnya...
urusan diri..dan juga sekeliling yang perlu di laksanakan dengan segera..
ku sengaja menyebok kan diri ni supaye kawan baik ku iaitu SEPI tidak datang menemani ku..

SEPI bukan aku menolak mu tapi aku tak sanggup..tak sangup sebenarnya...
tapi kini aku harus tabah aku tak mahu sekeliling ku yang anggap diriku ini pembantu mereka penasihat mereka jatuh,lemah,dan kalah dengan perasaan ku sendiri..

aku mendoakan orang yang ku sayang selama ni bahagia dengan apa saja yang dia lakukan,dengan sesiapa saja sahaja..dan harap sangap orang tu dapat bagi lebih segalanya kepadanya lebih dari ape yang aku bagi...aku nak tengok dia dapat apa itu cinta yang sebenar macam mana perasaan cinta itu sebenarnya.mungkin dia tidak merasakan cinta yang ku beri..xpelah aku amat meyayangimu sepenuh hidup ku akan ku bahagiakan mu walaupun bukan bersama ku..itulah pengorbanan cinta yang sejati..yang ku lakukan,ku inginkan dirimu mendapat baby2 yang comel2..rumah yang besar2..seperti apa yang dia idamkan...andai dia bahagia dengan semua itu mengertilah...diriku amat bahagia mendengarnya...kalau kita meyayangi seseorang itu bahagiakan lah dia...ingat tiada perkara yang terindah selain melihat orang yang kita sayang bahagia...

bahagialah sayang...
aku setiasa mendoakan mu...