22 April 2010

NEW NeO R3 lotus


yeah new stria neo R3 Lotus..

17 April 2010

anda gemar makan sushi??



Inilah akibat makan sushi & sashimi (ikan mentah, gurita mentah,udang mentah, dsb). Nama orang ini Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, umur 80 thn, telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemukan sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Jadi,pada penggemar sushi, BERHATI-HATILAH MEMAKAN SUSHI & SASHIMI !!!





Ulat seperti yg didapati pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunye didapat pada tubuh ikan mentah baik ikan laut maupun ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dgn melalui proses pemasakan dgn panas yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dgn pembekuan -10 degC s/d -20 degC selama lebih dari 1 minggu).

ajal sentiasa ada dimana...




renung2kan wahai sahabat...ajal ada dimana2..oleh itu sentiasalah berwaspada dan sentiasa hati ini berada dalam keimana allah s.w.t..insyallah doa2kan kita bersama meninggal dalam iman...amin..

15 April 2010

kelebihan ayat kursi

Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih yang dijumpainya semalam.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.

Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.

Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone ?
Mengapa kamu tidak melakukan apa-apa terhadap saya pada malam tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?

Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu. Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu yang saya jumpai lebih dahulu

Wanita itu berasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Setelah berfikir sejenak, dia pun faham akan apa yang telah terjadi. Dia pun bersyukur ke hadrat Allah, mungkin Allah memeliharanya pada malam itu kerana dia telah berdoa memohon perlindungan daripada Allah swt dan juga kerana berkat bacaan ayat Kursi.




Allah swt itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu
Dia juga boleh memerintahkan malaikat menjaga manusia dalam apa jua cara


perak darul ridzuan



Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai

Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut

Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru

Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning

Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah

Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara

Kaya dengan sumber hasil hutannya
_________** tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak bersejarah dan berdarah

Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia

Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak� Perak� oh negeriku.

12 April 2010

jaja DAGING hidup

KLANG: Sebuah kedai makan di kawasan ternakan ayam daging di Ladang Kelapa Sawit, Telok Gong, Pandamaran di sini disifatkan ‘unik’ kerana selain menjual makanan dan minuman, ia turut menyediakan perkhidmatan sampingan dengan menyediakan gadis warga China sebagai teman istimewa.Perkhidmatan itu bagaimanapun terhad kepada beberapa ketika, malah pengusaha terbabit akan menutup sementara premis terbabit sekiranya mengetahui kehadiran pihak berkuasa.


Bagaimanapun, kegiatan peniaga terbabit dihidu pihak berkuasa sebelum serbuan dibuat bermula jam 12 malam semalam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Operasi itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, Deputi Superintendan Roslan Ibrahim bersama 18 anggota hasil maklumat orang ramai.



Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menahan empat wanita warga China ketika sibuk melayan lapan pelanggan. Turut ditahan seorang lelaki dan wanita tempatan dipercayai penjaga mereka dan semua mereka dibawa ke IPD Klang untuk tindakan lanjut.


Menurutnya, pihaknya menerima maklumat terdapat 10 wanita warga asing menjalankan kegiatan tidak bermoral di kawasan itu sebelum polis mengatur strategi bagi memberkasnya.

“Kami percaya premis terbabit mula beroperasi sejak setahun lalu dengan membuka dan menutup perniagaan mengikut kesesuaian masa bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.


“Namun, kami dapat menahan empat wanita warga China berusia dalam 20-an manakala selebihnya dipercayai sudah dibawa keluar pelanggan lebih awal untuk berhibur di lokasi lain,” katanya di sini, semalam.


Kedudukan kawasan terbabit agak tersorok jauh dalam hutan berhampiran kawasan menternak ayam daging dan hanya boleh dimasuki melalui jalan tidak berturap.

Mohamad berkata, semua wanita warga asing itu kini ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana bekerja tanpa permit manakala penjaga mereka pula ditahan mengikut akta sama kerana melindungi warga asing.


“Kami akan meminta kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mengenal pasti sama ada premis itu beroperasi secara sah kerana kami tidak menjumpai lesen atau sebarang permit,” katanya.

Jangan habiskan masa untuk berpolitik saja: Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini tidak mahu ahli politik Selangor menghabiskan masa yang banyak dengan berpolitik sahaja tanpa mengira tempat tempat dan masa.

"Di dalam Dewan ini, gunakanlah kesempatan yang terhad untuk membincangkan dasar-dasar yang baik dan janganlah berkelakuan yang tidak sepatutnya. "Semua Ahli Dewan harus memberi contoh baik (mengenai) akal-budi kepada semua," titah baginda pada majlis perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah sebagai Ketua Negeri, baginda ingin melihat Selangor terus berkembang maju dan kerajaan dapat menjalankan amanah kepada rakyat dengan cekap dan lancar.

"Beta sedar dalam politik tidak mungkin ada 100 peratus persetujuan dan memang diakui bahawa sistem semak dan imbang diperlukan bagi memastikan semua kepentingan dapat diteliti," titah baginda yang ingin melihat semua pihak melaksanakan sistem yang ada atas landasan amanah dan bukan isu peribadi akibat perbezaan politik.

Baginda bertitah, Perlembagaan Negara memberikan hak kepada semua pihak dan sifat perlembagaan sebenarnya untuk melindungi rakyat sama ada daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

"Justeru itu, fahamilah Perlembagaan Negara agar kita tidak berlebihan dalam usaha menuntut hak masing-masing," titah baginda.
Selaras dengan peruntukan Perlembagaan, baginda bertitah penjawat awam wajib mengamalkan sikap neutral, profesional, prinsip kecemerlangan, etika yang unggul dan peka terhadap kerajaan yang memerintah serta mematuhi undang-undang negara.

"Prinsip profesional dan berkecuali di sini bererti ia bertugas untuk kerajaan semasa yang memerintah dan membuat keputusan adil tanpa mengira sentimen politik, agama dan kaum," titah baginda.

Selangor adalah penyumbang utama kepada pendapatan negara dianggarkan sebanyak 21 peratus dan dalam hal ini kerajaan negeri dan persekutuan saling memerlukan, titah baginda.

"Beta berharap kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dipereratkan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat negeri Selangor yang beta kasihi ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga bertitah dasar liberalisasi ekonomi di peringkat Kerajaan Persekutuan harus disambut sebagai cabaran menempatkan perkhidmatan bermutu demi faedah rakyat Selangor kerana ia penting supaya negeri ini tidak ketinggalan ketika pelaburan luar masuk dengan banyaknya.

Justeru, Kerajaan Selangor harus memikirkan produk-produk pelancongan sama ada berbentuk alam sekitar yang asli atau lokasi buatan manusia, budaya-agama atau program-program berkala dengan tema-tema tertentu, titah baginda.

Baginda bertitah perkhidmatan pengangkutan awam dan khidmat pengguna yang berkesan amat diperlukan bagi menjayakan aspirasi ini yang akan memberi kesan positif untuk semua pihak sama ada negeri, penggerak industri perkhidmatan atau pelancongan.

Jentera kerajaan negeri juga perlu membuat anjakan paradigma untuk meningkatkan produktiviti kerja dan baginda menekankan Petunjuk Prestasi Utama(KPI) dapat dikemas kini dan dipantau dengan rapi.

Sultan Sharafuddin juga bertitah bahawa baginda juga prihatin terhadap perkembangan jenayah di Selangor dan faham bahawa hal jenayah adalah isu yang kompleks dan tidak mudah diuruskan apatah lagi mencari kesalahan mana-mana pihak.

"Oleh sebab Kerajaan Persekutuan juga menyatakan komitmen mereka untuk memerangi jenayah, beta berharap kerajaan beta sedia memberikan kerjasama sewajarnya.

"Beta mengucapkan terima kasih kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia Selangor atas segala usaha yang dilaksanakan bagi melindungi keselamatan rakyat di negeri ini," titah baginda.


Baginda bertitah kepesatan pembangunan di Selangor terhasil daripada kejayaan rakyat mengekalkan keharmonian antara kaum dan ini tidak mungkin berlaku tanpa kerjasama semua pihak dan baginda berkenan supaya keharmonian masyarakat majmuk di Selangor menjadi model nasional.

"Beta percaya kita semua boleh memberi komitmen bahawa segala perbezaan antara kita merupakan suatu aset dan bukan punca perbalahan. Buangkanlah segala prejudis yang ada kerana apa juga cabaran yang bakal dihadapi tidak pernah mengenal warna dan keturunan," titah baginda.

Justeru, media massa perlu memainkan peranan dalam membina masyarakat dengan memberikan laporan yang tepat dan berkualiti kepada rakyat kerana mereka memerlukan sumber maklumat yang tepat, berobjektif di samping mendidik dan membina pemikiran, titah baginda. - Bernama

coming soon



10 April 2010

what do you thing people???

semua nak yang cantik2 kan??


Cantikan kan?.sedar tak kecantikan tu datang dari mana?..kenapa semua org ingin yang cantik2 dalam kehidupan?..kenapa smua yg baik2,semua yang indah2,..tapi kita tak sedar adahkah kita cukup rasa bersyukur kepada allah bila kita dapat yang cantik2,yang indah2,yang baik2?.. cukup tak lidah ,hati,jiwa,fikiran tu ucapkan ALHAMDULILAH pada pencipta yang hakiki..IKHLAS ke ucapan tu pada ALLAH yang esa.?....renung2kan..

09 April 2010

Kes Benjy: Polis dedah alat proses dadah

Benjy cabar tindakan polis

KUALA LUMPUR: Pelakon, Benjy semalam mencabar tindakan polis menahannya mengikut Akta Dadah Berbahaya (langkah-Langkah Pencegahan Khas) dengan memfailkan writ permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi di sini, bagi mendapatkan deklarasi bahawa penangkapan dan penahanannya sebagai tidak sah. Permohonan itu difailkan menerusi peguamnya, Amer Hamzah Arshad, kira-kira jam 12.15 tengah hari.


Melalui permohonan itu, Benjy atau Khaireyll Benjamin Ibrahim, 32, selaku pemohon menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden. Perkara lain yang dipohon ialah deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan Benjy mengikut Seksyen 3 dan atau mana-mana Seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) adalah tidak sah, satu nuliti dan bersifat mala fide.


Selain itu, perintah bahawa writ habeas corpus dikeluarkan bagi pemohon dihadapkan dan atau dibawa ke mahkamah serta-merta.


Selanjutnya dan selepas pemohon dibebaskan, perintah bahawa pemohon tidak dapat ditangkap dan atau ditahan semula.


Permohonan habeas corpus itu dibuat sejurus selepas prosiding berhubung pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret di sini, selesai. Sebelum itu, Amer Hamzah memohon mahkamah supaya dia dan keluarga Benjy dibenarkan berjumpa pelakon itu untuk satu tempoh yang munasabah bagi tujuan memberitahu anak guamnya berhubung prosiding yang dihadapinya dan mengambil arahan selanjutnya daripada tertuduh.


“Saya perlu berjumpa anak guam untuk membincangkan mengenai habeas corpus yang ingin dibuat dan perlu mendapatkan tandatangan Benjy pada afidavit yang dibuat.


“Kami sudah sediakan afidavit dan membawa pesuruhjaya sumpah ke mahkamah. Mohon mahkamah membenarkan kami untuk berjumpanya (Benjy),” katanya. Majistret Hafizza Sauni membenarkan Amer Hamzah berjumpa Benjy dan menangguhkan prosiding kira-kira setengah jam.


Selepas perjumpaan itu, Benjy yang pada mulanya memakai pakaian lokap berwarna jingga menukar bajunya dan memakai kemeja hitam ketika masuk ke kandang tertuduh.


Dia sempat melemparkan senyuman kepada ibunya, aktres Azean Irdawaty, bapa, Khairil Anwar serta dua adiknya, Elza Irdalyna dan Inessa Irdayanty. Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat berkata, tindakan penahanan semula Benjy oleh polis pada 25 Mac lalu adalah tindakan betul. “Ini kerana kes tahan semula biasa berlaku sekiranya polis mendapat maklumat dan polis juga sudah memberi penjelasan mengapa Benjy ditahan semula, sebab itu saya katakan polis berada di landasan betul,” katanya. Nurmadiana berkata, isu yang dibangkitkan Amer Hamzah bahawa dia tidak bertemu anak guamnya ketika Benjy berada dalam tahanan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 juga tidak timbul memandangkan kes semalam ialah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.


Mahkamah menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan kes itu selepas membenarkan permohonan Amer Hamzah untuk membuat representasi terhadap pertuduhan itu.

08 April 2010


demi menunaikan hajat terakhir seorang ibu..



UNIQUE




mari kita selawat bersama...insyallah limpahan pahala untuk kita..wallah hualam..

06 April 2010

im back..

salam ukhwah salam 1 malaysia..


lamenya rasenyer tak ''mengupdate'' blog diri nie...
rindu sebenarnye nak kembali ke arena menulis nie cuma semenjak 2 menjak nie sangat2 la bz..tak dapat nak menghadap blog nie...
ok-ok pertame nyer nak mengucapkan selamat menjalani ''SHOWCASE'' kepada pelajar faculty of MUSIC UiTM dan selamat berjuang..tidak lupa pada rakan-rakan seperjuangan UiTM yang bakal menghadapi PEPERIKSAAN akhir dalam masa seminggu dua nie...chayok2..gud luck yer..

kepada adik2 - rakan2 aRMada,aMpp dan sebangainya..diharap kita akan bersama sampai bila2 dan beranak pinak..=)..
nak cita pasal ape ek..huuu...dah lame tak menulis nie macam keras pulak nak menaip kat keyboard nie..
oklah nak citer ape yg dibuat dalam bulan 3 sebenarnya..bulan 3 banyak suka duka yang terjadi sebenarnya..dalam senyap-banyak aktiviti sebenarnya..aktiviti utama MENGAJAR DI SAMTAJ alhamdulilah selesai semua..diharap adik2 terima n terapkan ilmu dalam diri tu yer..=)..pencapaian yang memberangsangkan..kita cuba lagi taun depan yer....


haa..ni la adik2 yang dah di ajarkan group lelaki dan perempuan...

ok nie citer pasal festival dikir barat pulak yer..21 mac 2010 hari kami di pihak jawatankuasa perwakilan kolej kediaman meranti dengan kerjasam HEP dan alumni UiTM telah menganjurkan FESDI ..seramai 7 group telah mengambil bahagian..dan dengan bangganya semuanya berjalan lancar alhamdulilah..=)..gud jobb semua tenaga pengerak..tidak terbalas jasa kalian..=)..

ok tak?..
oklah nanti2 update lagi nak madi..bubye..=)