Kalaupun syurga itu indah…aku tetap pilih kamu..
Kalaupun hembusan angin itu lebih menyenangkan…aku tetap pilih kamu..
Dan kalau waktu itu adalah nyawa.. aku akan tetap pilih kamu..
Dan sekarang kau tahu betapa besarnya kamu dalam aku kan ??..
Itulah rasa hati aku padamu betapa agungnya cinta yang aku beri…
Adat dunia andai ada yang tidak berkenan dihati kamu dengan sikap pasangan kita sendiri…
Oleh itu kita harus memberinya masa untuk menyempurnakan semua itu…
janganlah di humban cinta itu semudah ABC….sayangilah sebuah cinta itu kerana ianya anugerah...anugerah dari ilahi …mungkin kita tidak sedar apa yang kita lakukan akibatnya…
berfikirlah sebelum melakukan sesuatu..bak kata pepatah pujangga dulu..
“terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasalah badan”..
Sekali lafaz perpisahan terucap kamu sudah menghancurkan hatinya wahai insan yang bernama kekasih..
Sedarlah..pedihnya bak sembilu yang kecil..tidak Nampak dengan mata kasar tapi…
Teramat sakit..sakit yang tidak dapat diungkap…
Janganlah dilihat pada fizikalnya..ketahuilah hatinya….
Ku catitkan semua ini bukanya untuk menyalahkan mu dan memburukan mu..
Kamu teramat istemewa dalam hidupku..
tidak sekali ku menyalahkan mu..
tidak sekali ku membenci mu..
tidak sekali ku membuang mu..
tidak sekai ku menghina mu…
tidak mampu ku lakukan semua itu kerana cinta yang ku beri padamu tidak mengajarku
dengan semua itu…….
Hatiku tetap padamu..aku ingin kau tahu hati ini hanya untuk kamu..
Sayang..berbahagialah di dunia ini bersama insan yang kamu sayang kini..
Aku sentiasa mendoakan kamu..
Walaupun berat kata- kata ku ini tapi inilah caranya…
Apa yang penting ku ingin kamu bahagia walaupun kamu tidak bersama ku lagi..
Semasa menulis ini air matu ku seperti empangan tasik kenyir yang pecah..
Aku tahu..segala kenangan kita tidak ada bersamamu lagi..
Susah senang dizaman itu masih segar dalam ingatanku..
Aku masih ingat “date” pertama kita…
Date itulah yang membawa kisah pertama aku diuji sejauh mana cinta aku padamu..
Aku sangup mempertahankan diri dirimu dek “kesalahan kita berdating” disekolah..
Kelakar bila difikirkan..manusia yang baru setahun jagung tahu erti cinta itu berjuang habis- habisan bagi mempertahakan permaisuri hatinya..biarlah aku menanggung segala hukuman yang diberikan
Tetapi jangan di usik dirimu..itulah yang sering kukatakan bila menjawab segala pertuduhan untukku..
Sayang..adakah kamu ingat detik- detik itu?...
Tak mengapalah aku tidak menyalahkan dirimu…
Tidak aku lupa juga ketika aku sakit…sakit..kamu membuatkan aku air dan bagi ubat..
Aku terasa diri ini disayangi..amat disayangi..terima kasih sayang di atas semua itu..
Kita pernah bertikam lidah angkara masa yang tidak mengizinkan…
Setiap kali habis waktu persekolahan hatiku girang..nak tau tak kenapa?....
Sebabnya aku akan pulang ke asrama bersamamu..bestnya…
Aku akan ke blok kelasmu menjemputmu..biarlah apa orang nak kata yang penting bagiku..
Aku bersama dengan mu…kadang- kala sakit hati ku bila menjemputmu kamu sudah tiada..
Arhh..geramnya…
Aku tahu bak kata Kawan- kawan mu dimana kamu pergi tapi…kanapa tidak menunggu ku?...
Salah ke kita pergi bersama- sama..
Aku tau kamu segan…
Aku rasa panjang aku meleret tapi xpe aku nak lukan juga apa yang terpendam ini..
Setiap hari aku menjadi MC dekat sekolah…untuk aku tak rasa gementarnya dihadapan khalayak ramai mata ku tidak lepas meliar mencarimu..agar ku tenang apa yang kupandang adalah orang yang ku sayang…aku pelik,musykil bukanya aku tidak ada yang meminatiku disekolah itu..tapi..semuanya tidak dapat menarik pintu hati ku…
Dan bila datangnya kamu dalam hidupku memang aku sendiri pelik kenapa..kenapa ye..hati ni macam dah kena sakit..owhh baru ku tahu macam mana cinta itu yang sebenarnya..
Yang pertama ku rasakan cinta yang betul- betul cinta dalam hidupku..
Bermula pada itulah kisah kita bermula……
Dan bermula di UNIVERSITI lah segalanya berubah…………
Perubahan yang kurasakan amat ketara..amat berat..amat pedih..
Aku juga mengaku mungkin kerana kita terpaksa menempuh halangan yang amat besar..
Kamu dan aku berjahuan..selatan dan di tengah disebabkan faktor yang jauh adalah antara punca retak nya kasih yang kita bina ini…dahulu dizaman persekolahan kita setiap masa kita bersama …
Emmm…sakitnya bila diingat lagi…ku masih ingat kata- katamu yakni ingin seseorang yang sentiasa bersama mu..aku tidak mampu kita jauh sayang mengertilah…
Tak mapu nak ku coretkan lagi..aku sedih..aku akui aku agak sibuk dengan organisasi yang ku ceburi..
Tapi aku nak kamu paham inilah diriku inilah aku…
Maafkan aku tidak sentiasa membelaimu..
Maafkan aku tidak sentiasa berada disampingmu..
Maafkan aku tidak menjemput mu pulang ke bilk sehabisnya kelas..
Maafkan aku tidak dapat menemanimu ke perpustakaan..
Maafkanlah aku..aku tidak mampu..
Ku rasa cukuplah dahulu setakat ini..andai masa tidak sentiasa cemburu kepadaku akan ku coretkan lagi dan mungkin cerita yang penuh antara kita…