Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa  mereka, hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari  walaupun ada segalanya...
Apa yang tidak ada di syurga, namun  Adam tetap rindukan Hawa,
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri  atau pun puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,
Untuk  diluruskan oleh lelaki,
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus...
Mana  mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan  wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah,
Kerana mereka dicipta  sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya,
Janganlah  cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin  liar,
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana  nantinya mereka semakin menderita,
Yang sementara itu tidak dapat  menyelesaikan masalah.
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang  kekal,
Di situlah punca kekuatan dunia,
Akal senipis rambutnya,  tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan  iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah  ia, kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat,
Nilaian dan  keadilan Tuhan...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan  bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di  situlah kasih sayang Tuhan,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti  tidak terhibur dan tidak menghiburkan...
Tanpa ilmu, iman dan  akhlak,
Mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok,
Itulah  akibatnya andainya wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka,  dunia lelaki akan huru-hara,
Lelaki pula janganlah mengharapkan  ketaaatan tetapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita  menuju Ilahi,
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya,
Jinakkan diri  pada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya,
Di bawah  pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah  Az-Zahra'
Andai peribadimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahu  Wajhah...
14 May 2010
Wanita : Akal Senipis Rambutnya
Subscribe to:
Comments (Atom)
 
