10 August 2009

murahkan senyuman yea


1. Murahkan SENYUMAN

Cara paling mudah supaya orang tertarik dan suka tengok kita ialah tidak lain dan tidak bukan, SENYUM lah. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandangnya. Jadi, banyakkanlah senyuman. Senyum kepada sesiapa saja. Senyumlah dari hati. Senyuman dari hati akan jatuh ke hati.
Sebenarnya kalau saya nak cerita pengalaman saya mengenai kebaikan senyuman ni, memang terlampau banyak. . .
Jadi, toksah cerita panjang. Senyumlah selalu. InsyaAllah anda pasti di sukai orang.

2. Sebarkan SALAM (Beri salam dan ucap selamat)

Ini pun satu perkara yang cukup penting untuk diamalkan. Ucapan salam dan selamat bukan saja merupakan satu betuk doa kepada orang lain, malah ia mampu memberikan satu mesej getaran atau aura yang boleh membuatkan orang lain rasa dirinya dihormati dan dihargai.
Saya seringkali menerima ucapan salam dari pekerja Bangla yang bekerja di stesen minyak. Walaupun saya tak kenal dia, dan pekerja Bangla tu pun tak kenal saya, tapi dek kerana salam yang diberikan itu, membuatkan diri saya rasa dihormati. Saya juga rasa hormat dan kagum dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pekerja Bangla tu.

Sekian, itulah 2 perkara asas yang sangat penting untuk anda amalkan supaya orang lain suka dan tertarik pada anda.