26 January 2009

biar ku membawa diri

ku kini keseorangan ..sunyi..sepi....
ku mencari teman..kawan..sahabat..
untuk mengisi kekosaongan ini...
tapi...
maafkan aku andai di salah ertikan...
tidak mengapa...aku mampu..aku boleh keseorangan..menjalani kehidupan seorang..
ku tak ingin menyakiti sesiapa..maafkan diriku...
ku ingin ingat daku dalam doa mu..
biarlah diri ku membawa diri...

maafkan ku teman

hati ni rasa terbawak untuk menulis hari ni...
pertama-tama nak say sori kat seseorang yg mungkin baca my blog..
hadirnya aku semalam di tengah malam..bukan untuk menganggu..
terutama yang digelar kekasih @ awek orang....
aku mintak maap bebanyak ..xder niat nak kacau awek orang..
cuma mencari kengkawan lama..maaf kan diri ni andai terasa diri ni kacau awek orang..
ku amat mengharap dikau faham...terasa bersalah andai diri ni penyebab perosak..
tidak..tidak..tu bukan aku wahai teman...
diriku sentiasa doakan kebahagiaan kawan2 ku bersama insan tersayang...
diri ku tak kan menganggu mu lagi wahai insan..
ku tak ingin di salah ertikan..
maafkan teman...

24 January 2009

tenang ku kala senja

pemisah kita dunia dan barzakh

Mengapakah masa begitu camburu akan kemesraan dan kegembiraan ini…
Yang hanya baru berputik yang baru mula belajar erti kehidupan seketika Cuma..
Cepat benar ianya beredar…
Kau melangkah jauh kehadapan jauh yang teramat jauh…yang tidak mungkin akan bersatu lagi..
Kau lebih disayangi-NYA..daripada aku hanya hamba kerdil..yang tidak pernah mengerti apakah Sebenarnya….

Diam kau disana…tanpa bergerak seinci pun..
Membujur kaku…tanpa suara..tanpa kata..
Pilu..pilu..teramat pilu hati ini..
Kini terkenang kembali saat- saat indah bersama..suka duka kita lalui bersama..kini..ku keseorangan…meniti kehidupan di dunia ini..
Dan kau keseorangan disana…kita telah dipisahkan…
Salam akhir buat teman..keluarga..sahabat..guru..dan sesiapa yang menegenali mu…
Salam akhir buat dunia yang fana ini…
Selamat datang berzakh yang menantimu…
Selamat menempuh perjalanan yang jauh ..teramat jauh….buat selama- lamanya…
Semoga kau selamat dan aman dalam tidur mu untuk selamanya disana…
Sentiasa doa ku kirimkan untuk mu sayang….
Selamat tinggal dunia…

untuk makhluk yg dilaknat

Kau masih di situ jua..di kamar asing masih menanti..jangan gusar giliran mu akan tiba jua..
Tanggungjawabnya pasti dilaksanakan tidak perlu diseru..

Hari ini seperti hari- hari nan lalu…masuh mu tidak berganjak walau seinci Cuma…
Malah berpinak- pinak dan bertambah- tambah..

Musuh mu tidak akan datang tanpa undanganmu..
Musuhmu tidak akan bermaharajalela tanpa kerelaan mu..
Dalam senyap ia MENYELONGKAR TUBUH KERDIL MU..yang nyata dan jelas..

Tiada bakawali untuk di jadikan penawar..inilah hakikat..
Menyesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..
Duniamu hanya ingin menakluki insan insani lagak mu bagai doctor..
Tapi pada hakikatnya kotor niatmu…DILAKNAT ALLAH..

Hakikat harus ku hadapi..”selamat tinggal makhluk dilaknat”…selamat jalan benda jahanam”..
Duniaku bukan untuk mu..duniamu bukan disini..pergilah kau selama-lamanya dari kamus hidup ku..
Pergilah…….

23 January 2009

sepi ku menemani ku

Sepi…itulah ungkapan yang di jawab oleh roh dan jasad ku …
Wahai sepi kenapa itu ada,mengapa hadir dalam diri ku ini walaupun teman ada tetapi
Kau lebih kuat bersama roh dan jasad ku ini…
Walaupun fizikal ku gembira tapi ku rasakan begitu sepi..sepi..amat sepi….
Ku rasakan bagai ada yang tidak mencukupi dalam kehidupan ku ini..
Kemana kah perginya perasaan yang dulunya ada bersama – sama roh dan jasad ku?...
Perasaan yang tidak dapat di ungkap oleh kata- kata lidah manusia..begitu riang,ria,dan tiada kekosongan dalam diri ini..wahai sepi…kini kau menjadi temanku,rakan ku,sahabatku suka duka..
Sepi menemani ku….dan dimanakah perasaaan yang dahulunya?...dimana?..
Kemana….puas ku melongkar keseluruh pelusuk dan sudut isi alam mencari penganti sepi ku ini..
Ku merasakan penuh dengan kerinduan..terasa diri ini ingin di belai..walaupun hanya pelukan bayu yang hanya sementara…BAYU BAWALAH SEPI INI TERBANG BERSAMA MU..agar ku tidak merasa sepi lagi…
Tapi mampukah aku?...sukarnya nak menipu roh dan jasad ini yang dilihat di mata kasar insan yang paling tabah di alam fana ALLAH ini..tiada duka walau sedikit..tetapi sepi yang menemani ku selama ini sebenarnya…
Sepi andai kau yang sebenarnya ingin menemani ku…aku rela…
Biarlah hanya sepi yang menemani ku…..
Kesepian ku ku ini akan akan menjadi sahabat,teman,kekasih,untuk roh dan jasad ku….

19 January 2009

tersedarku dari lamunan..
resah sejarah ku lupakan..
ku semaikan benih- benih ...harapan..
bersama sejuta impian..

Dengan azam dan keyakinan..
ku tempuh cabaran kehidupan..
terujilah segala ketabahan dan erti kehidupan itu sendiri..
ya allah berikanlah kekuatan dan keimanan kepada diriku demi menempuh cabaran mendatang..

Ku mengharapkan kejayaan yang hakiki..
yang menanti ku dahadapan..
Namun.....hakikat belum NYATA..
ku mesti dah harus berusaha..

Suatu hari nanti..
akan ku pastikan aku berjaya..
AKAN AKU BUKTIKAN..
PADAMU AYAH BONDA SERTA INSAN YANG MENGENALI DIRI KU INI..
YANG AKU TIDAK LEMAH..

disitu nanti kita lihat..
kebenaran hakikat..
iaitu impian ku menjadi nyata..
dan kata telah ku KOTAKAN..

pADA ketika itu kata- kata ku bukanya hayalan..
dan jugak bukan lakonan dan omongan semata - mata..
tetapi inilah kenyataan yang hakiki..
kerana citaku di iringi doa ayah dan bonda ku serta rakan taulan serta berkan anugerah allah ya rabbi..
Pasti ku AKAN BERJAYA..

INILAH JANJI KU....

-NUKILAN HATI SEIKHLAS UNTUK TEMAN KARYA DARIKU NISHFARIZ HUSIN-

16 January 2009

sebelum nafas terhenti

Tiada lagi ertinya sebuah pengucapan itu andai di akhir nafas terhenti…. sebelum mata rapat terpejam usah biarkan kehilangan menjadi lafaz yang tersimpan di benak hati ini…selagi ada masa khabarkan..berikan mereka mengerti jauh disudut hati ini bahawa engkau ada sesuatu yang ingin diberi tahu tidak bernilai dalam hidup ini….gunakanlah segala kesempatan yang ada…...jangan mensia-siakan segala kesempatan yang ada ketahuilah yang pergi tetap kan pergi takan kembali lagi.....

wahai insan yang robek hatinya

Wahai insan yang robek hatinya….perlukah hati ini di robek- robek dek cakaran lutsinar yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia…KEJAMNYA…..pedihnya seperti digigit..dibaham anjing liar luka yang amat dalam..berlumuran darah tapi…..pada mata kasar manusia ianya tak ubah seperti seorang insan yang sempurna fizikalnya yang tiada sebarang cacat celanya…tapi..pada hakikatnya ianya cedera teruk amat teruk yang memerlukan sesorang yang bernama..”DR”..untuk mengubatnya tapi bukanya “DR” yang kita kunjungi di hospital- hospital dan kelinik- kelinik….tapi “DR” yang mampu menyembuhkan luka yang amat- amat dalam teruk didalam ini iaitu HATI…wahai insan yang robek hatinya..luahkan..luahkan…luahkanlah ia supaya segala keperitan kesakitan itu dapat dilepaskan..menjeritlah..menjeritlah..menjeritlah sehingga seluruh isi alam ini mendengar rintihan dan jeritan batinmu dan hatimu wahai insan yang robek hatinya…ku mengerti sakitnya jiwa dan hati ini..bagimanakah perasaaanya…umm…kata- kata adalah lebih tajam dari sebilah pedang yang diasah setiap saat dan detik..bayangkan petapa tajamkah pedang itu..tetapi kata2mu wahai insan lebih tajam dari pedang itu…..hanya mereka yang menerima dan merasai sakitnya..sakitnya..sakitnya yang hanya merasa..diri yang memberi tidak merasa apakah perasaan nya…wahai insan yang tidak mengerti sakitnya orang yang hatinya dirobek…ketahuilah kini..sedarlah…orang yang di robek hatinya itu ialah orang yang kau sayangi wahai insan..fahamilah wahai insan menitis air mata darah darah sekalipun tapi tidak kau menyedari penderitaan ini wahai insan…selagi mampu ditelan..akan ditelan..ditelan..ditelan kerana kasih sayang orang yang robek hatinya amat dalam untuk diri mu wahai insan..ku menyedari kadang kala..pengucapan kita itu tidak kita sedari..kita manusia biasa yang naïf..arakian salah dan silap dilakukan..kita bukan nya DIA yang maha perkasa yang sempurna…renungilah wahai insan…insan yang robek hatinya ini rindu..rindu..rindu saat hati ini di belai..diusap..dipuaskan..di cium…di peluk..disirami dengan kasih sayang..di baja dengan cinta..disemai dengan benih yang paling istemewa di semesta ini..mengapa perpisahan yang kau pinta..ayat ini memang ayat yang BANGSAT…tapi ayat BANGSAT ini lah yang sering di ungkap oelh orang yang hilang arah cintanya…ayat BANGSAT ini memang DI LAKNAT oleh setiap insan insani dia alam fana allah ini..tetapi..andai perpisahan itu adalah jalan yang terbaik….AKU RELAKAN….apalah gunanya andai kita bersama antara hati kita di robek-robek ..kerana kasihnya padamu yang mendalam diriku tidak mahu dirimu dirobek- robek aku melepaskan mu wahai insan..aku tak ingin manusia yang aku sayang kecewa cukuplah sekadar diri ini yang merasa segalanya…ketahuilah wahai insan yang di robek hatinya ini sentiasa dekat pada mu walaupun kita berjalan tidak seiringan..tidak bersama..langkah yang berbeza..tapi kita melihat pada langit yang sama..langit lah yang menjadi perantara kita dan mendekatkan kita walaupun kita jauh..jauh dan semakin jauh pada hakikatnya…diriku sentiasa mendokan kabahagiaan mu…..diriku yang di robek-robek hatinya……

14 January 2009

adakah kita....

1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2. Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin.
3. Kita bukannya handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome.
4. Kita bukannya cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5. Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat
6. Kita bukannya alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang.
7. Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah.
8. Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut

Tapi….

1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain.
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan.
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri.
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain.
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain.
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati.
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah.
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.

Ingatlah!

kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk
ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. Setiap apa yang diciptakan-NYA
memilikii hikmah dan kelebihannya yang tersendiri.


KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN
MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU
KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI

kepada yang ingin bercinta

Kepada yg masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu2. Makin korg kejar,
makin ia menghindar. Tp, bila kau
biarkan ia terbang, ia akan
menghampiri di saat kau tak menduga.
Cinta mampu memBAHAGIAkanmu tapi
sering pula ia MENYAKITI, tp cinta itu
hanya istimewa apabila kau berikan pd
seseorang yg layak menerima.

Kep ada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .
Cinta bknnya mencari seseorang
yg "SEMPURNA", tetapi menemukan
sumone yg mampu menjadikan dirimu
sempurna.& lt;BR>
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila
kau x benar2 peduli. Jgn bicarakan
soal perasaan bila itu x benar2 ada.
Jgn kau SENTUH hidup seseorang bila
kau hanya berniat MAIN2 dgnnya. Jgn
menatap ke dlm mata seseorang bila apa
yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal
paling kejam yg dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tdk berniat
langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia
terjatuh.
& lt;BR>Kepada yg PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau
menginginkann ya dan akan menghiris
luka sedalam kau membiarkannya.
Pe rsoalannya, bukan bagaimana kita
mengatasi rasa sakit itu, tetapi
adalah apa yg boleh diambil sbg
PENGAJARAN dan HIKMAHnya.

Ke pada yg BELOM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu
jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai
terjerumus . Biar selamba tp stabil.
Berkongsi lah tetapi jgn tak adil.
Cubalah utk memahami tetapi bkn
bermakna X boleh meminta apa2.
Bersedialah utk terLUKA dan menDERITA,
tetapi jgn simpan semua rasa sakit
jika itu yg benar2 dialami.

Kepa da yg ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yg kau cintai
berBAHAGIA dgn org lain, tetapi akan
lebih sakit lagi apabila mengetahui
bahawa org yg kau cintai ternyata
XBAHAGIA dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan
hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih
sakit lagi bila seseorang meMUTUSkan
hubung an dgn mu. Tetapi, cinta paling
menyakitka n apabila org yg kau cintai,
langsung Xmengetahui perasaanmu
terhad apnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI
SESEORA NG YG TLH PERGI…
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila
kau bertemu seseorang lalu jatuh
cinta. Kemudian akhirnya menyedari
bahawa dia BUKANlah JODOHmu dan kau
tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun
ut k seseorang yg XLAYAK. Kalau
sekarang dia sudah XLAYAK, 10 thn
dr sekarang pun dia tetap XAKAN LAYAK.
Biarkan dia pergi dan lupakan.
Cinta memang INDAH tp byk ranjau onak
berduri didlmnye….

antara cinta dan persahabatan

Andai ku diberi pilihan untuk memilih antara keduanya..akan ku kupilih keduanya, kerana bagiku sama bererti dan bernilai dalam hidupku...

CINTA..

Satu ungkapan yg blm pasti akan indahnya.kerana di sebalik keindahan cinta itu, tersirat seribu kepahitan...ianya pastikan merentap kedamaian jiwa seorang pecinta setia tatkali ikatan diundang kekecewaan namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa yg punya hati dan perasaan...Hakikat yg tersimpan disebalik anugerah ini..tidak terungkai dgn bicara bibir, tidak tergambar dgn lakonan, bergitu shahdunya kurniaan ilahi..lahir dari hati seorang insan, berakal dan beremosi penyanyang dan berperasaan...

PERSAHABATAN

Satu ikatan lahir dari hati keinginan yang ikhlas bg berkongsi tangis, tawa, kasih sayang,serta keakraban..sesunguhn ya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya, tentang impian dan pengertian hidup ini..persahabatan yg murni dan suci ialah sebuah persahabatan disulami dgn benang kejujuran,diwarnai dgn keikhlasan,dicurahi dgn kasih sejati, sekiranya menjadi gunting dalam lipatan , maka robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan,

TEMAN yang budiman...

Mengertilah maksudku ini sesungguhnya, apa yg tersimpul sepanjang perkenalan kita...kita binalah tugu persahabatan yg dipagari besi kedewasaan yg teguh berdiri megah di laman hati kita, tidak tumbang dek rintangan ...

Hanya satu pintaku....agar kalian sentiasa mengingati diriku..

ada cinta dalam hati..lihat ini..

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati...

hati berbisik..

Ketika diriku berjauhan dengan mu masih terasa kasih mu wahai teman..
Betapa ku rindukan redup kasihmu yang sentiasa hadir dalam diriku..
Sentiasa ku terbayangkan kenangan yang selalu bermain di dalam benak fikiran ku ini bagaikan kita tiada kedukaan..

Walau berjauhan sering ku berduka tapi dirimu sentiasa menjadi penyembuh lara ku..
Tak pernah sekali kau lupakan diriku ini wahai insan yang bernama teman/ sahabat/kawan..

Ketika ku dalam kedukaan engkau mendakap penuh pengertian disaat diriku dalam kehampaan dikau setia disampingku dan sentiasa beri kekuatan…. betapa agungnya nilai persahabatan kita wahai sahabat..

Terpancar kegembiraan dalam senyummu melihat ku gembira..
Bilaku kekecewaan….tak kau biarkan diriku keseorangan….
Dengan kata azimat dikau beri kekuatan..semangat dan doa sentiasa kau iringkan buatku teman….

Tak dapat ku bayangkan hidupku ini tanpamu wahai teman…
Segala dikau berikan tersirat jauah didalam benak hatiku ini wahai teman..

renungilah wahai insan..

Bila kita kehilangan sesuatu yang amat berbilai dalam hidup kita…barulah kita mula MENCARINYA tapi bila IANYA ada di depan mata kita….kita seakan tidak Nampak,langsung tidak menghargainya..ANGKUH,BONGKAK,EGO DENGAN KEISTEMEWAAN DIRI KITA SENDIRI…ketahuikah kita segalanya boleh lenyap dalm sekelip mata???????..allah maha perkasa..kun faya kun terjadi segalanya…Hanya DIA sajalah yang paling istemewa dan paling berkuasa…kita jangan seperti kunang- kunang yang menyangka dia sajalah yang boleh mengeluarkan cahaya..bila muncul bintang dia malu dan terus menghilangkan diri..maka bintang mula merasa megah dan bangga dengan kelebihan yang dimiliki…maka muncul pula bulan seperti yang lain punya sifat yang tidak ubah seperti kunang- kunang dan bintang dan akhirnya bila muncul mentari bulan pula lenyap tiba- tiba..bagaikan inilah manusia…..sedarlah dan renungilah wahai sahabatku…

Pernah terfikirkah dan pernah terlintaskah di fikiran yang kita banyak menyakiti insan yang paling kita sayang dalam hidup kita ???????....pernah kita fikirkan kita saling memerlukan antara satu sama lain??..sedarkah kita…kita sering membuat insan lain dan insan yang kita sayang MENITISKAN AIR MATA???????...Hanya dengan hanya satu perkataan seorang insan boleh berubah air muka..hatinya TERGURIS…TERGURIS..MENANGIS di dalam hatinya hanya allah yang maha mengetahui bagimanakah perasaan nya ketika itu…sedarkah kita..???..cuba kita bayangkan andai kita ditempat mereka yang selalu disakiti…yang selalu menangis..menitiskan air mata ??? mereka sering mengharapkan mendambakan penghargaan,kasih sayang..serta teman dari kita yang bernama insan..Tanyalah diri kita ketuklah pintu hati ini adakah kita insaf..pernah terpikirkah wahai teman???????...pernah kita ucap terima kasih pada insan yang banyak membantu kita?....pernah kita lembutkan suara cakap yang indah- indah dan baik- baik dengan mereka ??...insaflah wahai kawan –kawan ku yang membaca blog luahan diriku ini…insaflah sebelum hari kemudian..ketahuilah insan yang berada di sisi pasti akan pergi untuk selamanya dan insan yang telah pergi tidak mungkin akan kembali lagi…………

-nishfariz-

kini ku kembali

hari ini diriku seperti hari2 yang baru..mungkin ini takdir ilahi kerana dengan apa yang ku lakukan adalah mungkin kesalahan yang tidak ku sedari...wahai insan...