Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya. 
Gadis  : Perlahankanlah sikit moto nie..saya takut la.. 
Si Lelaki : Tak  nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok.. 
Gadis : Tak..tak  seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie.. 
Si Lelaki : Kalau  awak nak saya perlahankan motosikal nie..awak kena kata awak cintakan  saya dulu.. 
Gadis : Ok. Saya cintakan awak ! 
Si Lelaki :  Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat. 
* Si Gadis Memeluk Lelaki  tadi dengan erat * 
Si Lelaki : Awak..boleh awak tolong  tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa  tak selesa lah.. 
Dalam surat khabar keesokkan harinya : 
Sebuah motosikal  telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. 
Dua  mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada  mereka terselamat. 
Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki  telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak  mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi  mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak" dan merasakan dakapan  terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi keladernya kepada Si Gadis  mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan  terkorban. 
Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda  cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya. 
Semoga  kita masih punya waktu untuk mengucapkannya
 
