Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa, Rosmawati Abd Rahman, 39, dipercayai dihentak kepalanya serta dipijak di perut, dada dan paha oleh suaminya di hadapan anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.
"Suspek tiba-tiba naik angin sebelum bertindak agresif menolak mangsa. Mangsa kemudiannya dipijak di perut, dada dan paha. Seterusnya suspek mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya, suspek, 46, kemudiannya berterusan memukul mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri.
"Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jiran, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Punca kematian masih disiasat.
"Pihak polis masih memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu bagi membantu siasatan," katanya