02 May 2010

surat ini khas untuk si isteri..

Suami bin Lelaki
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.

Isteri binti Perempuan
No. 99 Jalan Todak,
Taman Seri Tenggara,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.

31 April 2007

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan
adalah kerana saya ingin melengkapkan
kuota yang telah di peruntukkan bagi
saya. Buat masa ini kuota yang telah di
isi cuma satu, memandangkan masih ada 3
kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi
secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah
Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat.
Memandan gkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah
jika kita masukkan dia bersama kita di
dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan diisi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang
sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya
yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di
samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini,
setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembali nya semangat saya yang telah
hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana
dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga
pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan
mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah
bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan puan seperti gitar,
kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh
itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi
bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati
faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa
yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem
syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari
kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu
bekerja yang selebihnya akan ditampung
oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati ialah waktu rehat yang
bebas kerana dalam waktu puan bercuti,
saya selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu
itu saya cuma akan fokus kepada hasil
kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya
dahulukan dengan ribuan terima kasih.
Saya amat berharap pihak puan dapat
meluluskan permohonan saya ini kerana
adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi kebahagiaan kita ini bersama
insan lain. Saya harap permohonan saya
ini di balas dengan senyuman penuh
keikhlasan dari pihak puan dan
tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk
nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk
dan perkara-perkara yang menyukarkan
pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan
permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebaga imana ketika kita menyambut orang
baru iaitu bayi kita kedalam keluarga
kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih
kurang sama dengan masa kini. Kita akan
menerima orang baru juga cuma bezanya
ialah jika 10 tahun yang lepas kita
perlu menjaga dan membelainya dengan
manja bersama tetapi kali ini, setiap
urusan penjagaan dan belaian manja akan
di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8 . Akhir kata, saya harap permohonan
saya ini dapat dibalas secepat mungkin.
Semoga kita bersama-bersama dengan pihak
ketiga akan dapat melaksanakan program
ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN
LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

لتوليب الزرقاء

لتوليب الزرقاء

" Kata orang, "jangan dikesali perpisahan kerana pada setiap pertemuan, pastinya akan berkahir dengan perpisahan." Sepatutnya kesalilah pada pertemuan kerana tanpanya tidak mungkin kita menerima peritnya erti berpisah. Di dalam mengharungi kehidupan dalam usia remaja, berkemungkinan kita akan mengalami suatu kehilangan.

salam, rakan2..lame sungguh tak mengupdated blog nie..semenjak 2 menjak nie agak sibuk dengan final exam..diharap keputusanya dapat menyuburkan tanaman2 di perbatasan..

AWAL KALAM, nak menyeru rakan2 sehati selidah yang menucapakan kalimat shadat dengan memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi pencipta sekelian alam kerana masih lagi diberi eluang menikmati liku2 hidup yang berkurang setiap detik setipa saat ini...

BANYAK YANG TERSIRAT DIHATI INI UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA...diharap diberi kesempatan untuk menulis dan teruskan menulis sehingga penat jari2 pinjaman ilahi ini untuk ditekan di keyboard menjadi perkataan yang mampu dibaca oleh orang yang mengerti bahasa yang dipertuturkan..bila disebut perkataan suka..ramai yang tau paham dan mengerti..tapi kalian tau ape sebenarnya yang diunggap dengan kata2 SUKA itu sendiri?

S.U.K.A = Sentiasa , Usha , Kata , Hati?...

haha..renung dan fikir2kan..:)