20 May 2009

GEMINI - The Twin

GEMINI - The Twin

Nice. Love is one of a kind. Great listeners. Very Good at confusing people... Lover not a fighter, but will still knock you out. Geminis will not take any crap from anyone. Geminis like to tell people what they should do and get offended easily. They are great at losing things and are forgetful. Geminis can be very sarcastic and childish at times and are very nosey. Trustworthy. Always happy. VERY Loud. Talkative. Outgoing. VERY FORGIVING. Loves to make out. Has a beautiful smile. Generous. Strong. THE MOST IRRESISTIBLE. 9 years of bad luck if you do not forward.

19 May 2009

pesan ibu

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....ibuku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....ibu
Bila sambut anevesry.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. ibu ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk ibu..

BEGINIKAH KITA??

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau menjaga IBU?
IBU bukan nak banyak... "cukuplah sekadar kau menjenguk ibu".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau IBU sudah tiada..........
IBUUUU....RINDU IBU.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya bila tiada ibunya kelak......
sahabatku renunglah...hargailah ibu kita selagi dia ada di bumi allha ini agar kita tidak menyesal suatu hari nanti...


pulanglah nak............inilah pesan ibu....

renunglah wahai sahabat

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah,
Sebelum menemui insan yang betul,
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
Yang lain akan terbuka
Tapi, lazimnya kita akan memandang,
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama,
Hinggakan kita tidak nampak,
Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah,
Seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
Dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
Dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
Bahawa itulah perbualan yang paling Herat
Yang pernah dialami.
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai,
Sehinggalah kita kehilangannya,
Dan juga benar bahawa kita tidak tahu,
Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda,
Bukanlah satu kepastian yang mereka,
Akan menyintai anda kembali!
Jangan harapkan cinta sebagai balasan,
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka,
Tapi, sekiranya ia tidak,
Pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang,
Satu jam untuk menyukai seseorang,
Satu hari untuk menyintai seseorang,
Tetapi,
Ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan,
Kerana boleh jadi ianya palsu,
Jangan kejar kemewahan,
Kerana ianya akan susut,
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum,
Kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman,
Untuk mencerahkan hari yang suram.
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda,
Teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin,
Menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
Pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui,
Dan jadilah apa yang anda inginkan,
Kerana anda hanya memiliki satu kehidupan,
Dan satu peluang,
Untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup,
Untuk membuatkan diri anda menarik,
Percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,
Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
Fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia,
Tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik,
Mereka hanya membuat yang terbaik,
Dalam hampir apa saja yang datang,
Di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
Mereka yang terluka,
Mereka yang telah mencari,
Dan mereka yang telah mencuba,
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia,
Yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan,
Kehidupan yang lalu yang telah dilupakan,

Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna,
Sehingga anda melupakan kegagalan,
Dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis,
Dan orang di sekeliling anda tersenyum,
Teruskanlah hidup anda supaya apabila,
Anda mati nanti,
Andalah yang akan tersenyum
Dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Jadikanlah keredhaan Allah itu sebagai matlamat,
Jalannya penuh ranjau, namun tetapkanlah hati,
Sedikit kesabaran, secawan kepahitan, setinggi harapan,
Dan doa yang tak putus,
InsyAllah akan datangnya kemanisan..
Jangan hanya tahu berkata-kata,
Tapi rasailah kesakitanyya,
Baru kita kan jadi orang yang bersyukur...
Bersama kesusahan itu datangnya kesenangan..
Dan bersama kesenangan itu datangnya kesusahan...
Semoga redha Allah bersama kita.....

18 May 2009

Bila maut tiba..

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.
Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.
Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.
Tiba-tiba tanganku dipegang kuat."Mengucap sayang,, mengucap.... .... Asyhaduallailahaill allah.... ..... "ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar diwad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah... ..Tapi mataku...... .semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.
"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.
"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja. Dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.... .aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratulmaut. ..... !!!Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan. "Panas,dahaga, haus,panas. .......".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang,"Nenek....... ....". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan Islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah. .....".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......! !!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Akutersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun..... .

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini?

Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".
"Assalamualaikum. .....".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. .....jijik, loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji........ ..".
Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim
ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus kulakukan!!! !!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.

Air apa ini????? "Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!". Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu.

"Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas. .......". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang
sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.

Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku.
"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!".

Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam
memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi
tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...
Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar, alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar....... .".Sayup sayup aku terdengar tok imam
terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong !!!!

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

hasil karya ku khas untuk kalian sahabatku..renungilah ia...

17 May 2009

hati ini banyak berdosa..

Di kala hati MERINTIH kerana menerima ujian dan dugaan
didiklah hati : Tuhan, memang aku layak menerima kesusahan dari Mu
kerana hati ini banyak berdosa pada Mu, juga sering mengulangi kesilapan dulu.
Aku pasti ya Allah! Ujian dan kesusahan ini, mengundang hikmah dan iktibar buat ku,
inilah tanda kasih sayang Mu...
ku bersyukur padamu yallah..

07 May 2009

maafkan aku..

aku..ingin bercerita lagi..rakan2..makankan salah dan silapaku selama ni yer...
mungkin aku ada sakitkan hati kalian..tapi jauh disudut hatiku..tidak seperti itu..
kini aku rasakan sakit sangat...hampir setiap hari aku menahan sakit..
bukan niat nak minta simpati sekadar ingin meluahkan ape yg dirasa..
maafkan aku sekali lagi..
sakit aku semakin menjadi2 tak sangup rasanya..
tapi aku pasrah segalanya kententuan ilahi..
buat sesiapa yg pernah bersamaku dulu maafkan aku..andai aku tak mampu bahagiakan kalian semua...andai nilah tulisan terakhir aku..ingatlah daku dalam doamu..
buat insan yg teristemewa j....n.... aku sayangkan kau selamanya...
sakit ku datang balik sori...
ada masa ku tulis lagi...
-riz-

renungan diri..

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,

sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,

belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,

berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,

hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan

berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...

Bukti kasih Nya,kita wujud didunia pinjaman ini.

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.

Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,

perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..

.Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani