No. 99 Jalan Todak,
Perak Darul Ridzuan.
No.  99 Jalan Todak,
Perak  Darul Ridzuan.
PERKARA :  
PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMIPerkara di atas adalah di rujuk.
2.  Sebab utama permohonan ini di lakukan
adalah kerana saya ingin  melengkapkan
kuota yang telah di peruntukkan bagi
saya. Buat masa  ini kuota yang telah di
isi cuma satu, memandangkan masih ada 3
kekosongan,  eloklah jika dapat di penuhi
secepat mungkin. Pihak yang akan  mengisi
satu kekosongan ini buat masa ini ialah
Cik Hana Fazura  binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat.
Memandan  gkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah
jika  kita masukkan dia bersama kita di
dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan  yang selebihnya akan diisi
di masa akan datang.
3. Untuk  makluman pihak puan, yang
sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan  tetapi memandangkan poket saya
yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan  dulu permohonan ini di
samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini,
setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit  pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembali nya semangat saya yang  telah
hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal  kerana
dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah  pihak dan juga
pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab  jika tidak, manakan
mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang.  Semua yang puan miliki sudah
bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar,  rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan puan seperti  gitar,
kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh
itu, sudilah kiranya  dapat kita kongsi
bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5.  Pihak puan juga dapat menikmati
faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana  puan akan tetap menikmati apa
yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu  bekerja lebih singkat dan sistem
syif akan di perkenalkan iaitu 1  hari
kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu
bekerja yang selebihnya  akan ditampung
oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati  ialah waktu rehat yang
bebas kerana dalam waktu puan bercuti,
saya  selaku Penyelia tidak akan memantau
aktiviti yang puan lakukan. Pada  waktu
itu saya cuma akan fokus kepada hasil
kerja pihak ketiga.  Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya
dahulukan  dengan ribuan terima kasih.
Saya amat berharap pihak puan dapat
meluluskan  permohonan saya ini kerana
adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi  kebahagiaan kita ini bersama
insan lain. Saya harap permohonan saya
ini  di balas dengan senyuman penuh
keikhlasan dari pihak puan dan
tandatangan  puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk
nasi,  pinggan-mangkuk, ketukan senduk
dan perkara-perkara yang menyukarkan
pihak  puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan
permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebaga imana ketika kita menyambut  orang
baru iaitu bayi kita kedalam keluarga
kita 10 tahun lepas.  Situasinya lebih
kurang sama dengan masa kini. Kita akan
menerima  orang baru juga cuma bezanya
ialah jika 10 tahun yang lepas kita
perlu  menjaga dan membelainya dengan
manja bersama tetapi kali ini, setiap
urusan  penjagaan dan belaian manja akan
di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8  . Akhir kata, saya harap permohonan
saya ini dapat dibalas secepat  mungkin.
Semoga kita bersama-bersama dengan pihak
ketiga akan  dapat melaksanakan program
ini dengan jayanya.
Sekian, Terima  Kasih.
"
BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAANLAMBANG  RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin  Lelaki
