11 March 2009
kenapa mengapa bagaimana...
kenapa..perlukah..hati sentiasa mimipikan hati itu..
kenapa ia hadir?..bukan menolak mimpi itu tapi...
pada hakikatnya ia akan menambahkan lagi derita yang hati ini hadapi dan lalui..
setiap malam hati itu akan datang dan hadir dalam mimpi hati...hadirnya bukan memberi kegembiraan malah menambah kekecewaan kepada hati....
hati itu mengatkan bahawa hati itu telah pun bahagia kini bersama insan lain..
dalam sendu hati melangkah pergi dan tanpa disedari POMMMM!!!!!!!
hati terasa seolah2 melayang keudara..sama seperti burung yang ada disebelah sambil terbang seiringan...sekujur tubuh tercampak di atas muka bumi allah ini...tersembam mencium bumi yang maha agung ciptaan allah ini...kini hati hanya nampak dalam samaran hati itu berjalan berpaling pergi tanpa menghiraukan apa yang telah terjadi seketika tadi...darah makin banyak keluar...dan dunia hati kini gelap........
hati tersedar..tersedar..tersedar...kini hati berada dialam yang nyata..alhamdulilah syukur kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan intuk meneruskan kehidupan lagi dan disedarkan dari kematian yang sementara..rupa2 nya hati bermimpi.....
tetapi mengapa mimpi sebegitu....mungkin inilah petanda bahawa hati itu tidak pernah langsung mengingati hati lagi..ohh tuhan......
bagaimanakah lagi yang harus ku lakukan.... .
...
06 March 2009
dari hati untuk hati itu...
saat ini hati sangat rindukan hati itu...
tapi...hati itu tak penah tau pun bahawa hati ini sangat merindui dan memuja hati itu..
dah akhirnya hati pasrah bahawa hati itu tidak pernah langsung mengingati hati..
setiap hari hati akan keluar berjalan terus berjalan tanpa arah yang dituju pada hakikatnya..tapi hati sendiri tidak pasti sampai bila hati perlu berlari dan berjalan tanpa arah..setiap detik perjalanan hati akan terkenang detik2 indah bersama hati itu..
hati bermonolog lagi..."hepy anevesry abang love u so7 much forever"..kata hati itu ketika berputiknya cinta dahulu...
hati tidak pernah pun buang msj2 dari hati itu dulu.....
silih berganti kenangan2 dulu..tanpa disedari hati merasakan sesuatu yang panas mengalir..ohhh air mata kenapa sering kali mengalir...kenapa engkau saja yang ada ketika kesedihan aku melanda..kenapa?..kenapa air mata...semakin disekat semakin deras ia keluar..malunya bak kata semua ciptaan allah..malu seorang yang pada fizikalnya sangat tabah mengalirkan air mata...hati tidak pedulikan semua itu..dia tidak mampu mengawal dirinya......
habis satu kawasan dan daerah tempat hati menetap kini dijelajah..tanpa arah dan tujuan.....tiba2 hon dibunyikan terkejut hati..dia harus kembali ke alam nyata..
hati meneruskan perjalanan ke T.A.S.I.K......
ikut rasa hati ingin dilepaskan semua bebanan ini tapi bagaimana....
ya allah setiap malam pabila hati terjaga..dalam samar2 kegelapan ada seseorang sedang menagis di sejadah mengadu pada penciptanya..mengadu..menagis dan meluahkan..
dalam sendu itu hati tetap bersyukur kerana di beri peluang merasakan perasaan cinta itu sendiri..kerana di beri nikmat itu...
hati..kuatkan la semangat..teruskan kehidupan walau apa cara pun..
andai itu jodoh mu walau seribu tahun pun ia akan jadi milik mu andai hati itu bukan jodoh mu..........................tetapkan hatimu dengan ketenangan...
suara itu sentiasa teriyang2 ditelinga dan dalam benak hati...
hati sentiasa menunggu hati itu walau seribu tahun lagi....
01 March 2009
kisah hati jiwa dan perasaan
Aku tak tahu macam mana nak dimulakan….okeylah lebih mulia dimulakan dengan kalimah bismillahhirohman ni rohim…hari ini apa yang yang dikatakan oleh hati ini aku pun tidak mengetahui pada hakikatnya tetapi tangan ini bersama gerak hati telah membuatkan aku mula menaip sebijik – sebijik abjad menjadi perkataan iaitu kata-kata hati ini…
Setiap hari rutin harian aku..aku akan pergi ke tempat yang betul-betul buat jiwa aku tenang..membuat hati ini bercerita dengan diri sendiri..tasik..tasik itulah tempat yang akan aku pergi setiap petang andai tiada kelas…disanalah aku melepaskan segala resah gundah gulana yang bersarang di dalam hati ini…jiwa ini akan bermonolog dengan perasaan dan jiwa aku sendiri..saling bercerita diantara satu sama lain…saling meluahkan antara mereka..hati sentiasa menangis dan merintih kepada jiwa dan perasaan yang sentiasa menjadi pendengar yang setia..walaupun setiap hari hati ini bercerita tetapi jiwa dan perasaan tidak sekali pun merasakan jijik..bosan..meluat dengan hati..jiwa dan perasaan adalah kawan,sahabat,teman,kekasih dan mungkin yang paling penting bagi hati…jauh dalam sudut hati merasakan begitu cemburu dengan pasangan-pasangan yang berjalan bersama menyemai cinta dalam hati mereka..saling gelak ketawa,cuit sana..cuit sini..tiupkan mata kekasihnya yang dimasuki habuk,saling suap menyuapi..indahnya..indah..sangat indah panorama seumpama itu..jiwa dan perasaan cuba positifkan diri dengan tidak mengeluarkan air mata tapi tidak mampu..jiwa dan perasaan begitu tersentuh melihat hati yang sentiasa menangis…walaupun secara fizikalnya hati begitu tabah..tapi jiwa dan perasaan begitu arif dengan hati…hati sentiasa berkata mengapa dugaan begitu berat untuknya..kini hati tinggal sebelah sahaja yang selebihnya telah hilang bersama kenangan dan angin bayu yang terbang jauh begitu jauh dan tidak tahu kemana ia mengilang..perasaan dan jiwa sering kali berpesan hati..jangan kau membenci hati2 yang lain dan kau kena kuat hati…hati menjawab dengan tenang..aku tidak pernah membenci hati2 yang lain walaupun sebesar kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar…akau hanya tidak mampu menerima hati yang lain selain hati yang dahulunya sentiasa bersama aku..maafkan aku..aku bukan membenci tapi mungkin tiada ruang untuk hati yang lain…aku rela sendirian bertemankan kenangan yang takan hilang dari dalam hati itu sendiri…biarpun pada pandangan perasaan dan jiwa masih ada tempat kosong tapi bagi hati ianya telah pun dipenuhi oleh kenangan-kenangan bersama hati yang telah pergi itu…..jiwa dan perasaan begitu kagum,betapa kuatnya hati sebenarnya hati berlawan dengan dirinya sendiri yakni membiarkan ia memakan diri sendiri dan apa yang penting kata hati …dia tak mungkin menerima hati yang lain dan yang hanya mampu merubah segalanya adalah allah ya rabbi….jiwa dan perasaan begitu teruja dengan hati yang begitu kuat cintanya untuk hati yang telah pergi itu yang selama ini menjadi teman,sahabat,kekasih untuk hati..walaupun hati itu telah pergi tetapi hati sentiasa membelai,memelihara,hati itu….ya allah begitu agongnya cinta hati untuk hati itu…jiwa dan perasaan masih ingat ketika hati dan hati itu bersama..hati ini begitu sangat7 menjaganya..walaupun kadangkala ada yang hati dan hati itu tidak sehaluan tapi jiwa dan perasaan tau mereka saling mencintai dan memerlukan antara satu sama lain….walaupun hati ini marah,geram,tekanan kadang kala dengan perangai hati itu tapi hati tidak pernah membenci hati itu dalam hati begitu agungnya cinta untuk hati itu…jiwa dan perasaan sentiasa mendoakan agar hati dan hati itu bersama selamanya tapi yang utama adalah allah…allah telah mengatur segalanya…kini…segalanya hanya tinggal kenangan yang menjadi teman…hanyalah kenangan2 dahulu..kisah cinta hati dan hati itu…kini hati itu telah meninggalkan hati sendirian..dan mungkin kini hati itu sedang berbahagia bersama orang yang hati itu saying kini….tak mengapa hati…jiwa dan perasaan berkata..andai hati itu pergi tapi jiwa dan perasaan akan menjadi teman yang sentiasa ada bersama hati…tetapi betul kata2 hati tidak sama jiwa dan perasaan berbanding dengan hati itu…jiwa dan perasaaan melihat ada hati lain yang cuba untuk bersama hati..tetapi hati tidak menerimanya…bukan kerana egonya tetapi jiwa dan perasaan tahu…hati itu bagaimana…hati berkata dengan juraian air mata..”biarkan aku menjaga perasaan ini,menjaga segenap cinta yang hati itu berikan dahulu,hati itu pergi..tetapi hati tidak akan berganjak seinci pun untuk berubah,walaupun hati itu semakin menjauh,tetapi hati tidak akan pergi jauh malah semakin dekat walaupun hati itu tidak mengahtui pun bagaiman hati sentiasa dekat dengan hati itu”...biarlah sesiapa mengatakan hati begitu bodoh sentiasa menunggu,mengharap hati itu sedangkan hati mungkin tidak tahu hati itu sedang berbahagia disana…bagi hati..biarlah..biarlah apa pun yang nak diperkatakan…hati tahu apa yang dilakukan..jiwa dan peraasan sangat bersyukur kerana hati ini seorang yang begitu setia pada cintanya..walaupun masih ramai hati lain yang mengharap dan menanti hati…tapi biarlah..bak kata hati ini hidup ini sentiasa ada pilihan…jadi apa pun yang terjadi buatlah pilihan yang paling tepat…hati..kau didalam hatiku kekal dalam ingatan kekal selamanya….mungkin satu hari nanti akan bersatu itulah yang sentiasa hati ucapkan kepada jiwa dan perasaan…jiwa dan perasaan begitu risau kerana hati masih mengharap pada hati itu lagi,jiwa dan perasaan bimbang hati akan lebih terluka dan kecewa…jiwa dan perasaan yang menjadi saksi utama melihat hati mengucapkan selamat malam,nyte,sweet dream,sleep tide,mimpi hati,jangan noty2 ye,I love u so7 much forever,mish u so7 much nanti kejut suboh yer,sayang sayang pada setiap malam..dengan juraian air mata kata2 itu diucapkan setiap malam…semakin lama hati pejam delam lena yang begitu menghiris perasaan nya…begitulah kitaraan hidup seharian hati….tanpa disedari kicauan burung semakin menggila kerana berebut sesama sendiri untuk pulang ke sarang mereka..matahari semakin terbenam…rupanya hati sendirian bermonolog di tasik..sehingga senja…indah kala senja melihat keadaan alam ciptaan allah..hati mengesat air matanya..dan dengan langkah longlai melangkah pergi…bagaimana esok…..hanya allah megetahui segalanya……
25 February 2009
Maafkan aku
Maafkan aku andai menganggumu ditengah malam aku hanya ingin memberitahu,yang aku tidak mampu untuk menahan lagi..aku bersyukur kau ada walaupun hanya sementara….
Kepada seseorang aku minta maaf..minta maaf sangat7 kepada mu…bukan aku menolak cintamu ..maafkan aku tak dapat nak menyambut cintamu wahai insan yang tang begitu tulusnya cinta dan hatimu kepada ku…bukan aku tidak ingin rasa dicintai tapi hatiku ini belum mampu untuk memerima cinta dan aku bukanya jenis yang mudah menerima cinta..sekali hatiku sudah dicuri selamanya untuk dia..maffkan aku tapi jangan berputus asa aku sentiasa akan cuba cuba untuk wujudkan cinta dalm hatiku ini lagi...
Bak kata seseorang..lupakan segalanya dan mulakan yang baru..bagi aku bukan mudah kata2 amat mudah tapi aku yang mengalaminya amat berat…
Maafkan aku….
~ yang tulus ikhlas rIz ~
20 February 2009
warkah hatiku..

Semakin membuak- buak rinduku padamu..
Semakin aku cuba untuk pergi jauh darimu..
Semakin dekat hatiku kepadamu..
Semakin aku cuba membencimu..
Semakin membuak- buak cintaku dan rinduku padamu..
Tapi ketahuilah sayang akau tidak mampu membencimu sayang..
Apakah perasaan ini hanya aku yang merasainya??....
Teramat berat rasanya..rasa hati ingin di lepaskan beban ini…
aku menolak untuk bertemu dengan mu bukan aku dah membuangmu dalam hidup ini..
tapi….aku takut..takut hati ini akan kecewa lagi..
ikhlas dari hati aku sebenarnya aku teramat merinduimu sayang..
sangat rindu hanya aalah yang mengerti kesakitan hatiku ini…
setiap detik..setiap saat..setiap minit..setiap jam..setiap masa berlalu..
terasa beratnya dan begitu lama kurasa..hanya kekosongan jua kehilangan kurasai
menghuni hati ini..dimanakan ku temui penghujungnya resah ini..
seumpama ku menanti sejawapan rindu…
tapi aku tau yang kau tak penah tau pun apa yang aku rasa
dan tak ambil tau lagi mengenai diriku lagi..
tak mengapalah..aku pasrah..pasrah andai ini ketentuanya…
walaupun kau kini tiada lagi…namun hatiku tetap kepadamu..
kenangan bersamamu subur mewangi ..takan luntur dari ingatanku..
teristemewa untuk yang ku sayang..dulu kini dan selamanya.
17 February 2009
janji ku pada bintang
pada bintang yang aku sendri tak tau..
aku tak tau dan xpernah tau rupa nya..
bintang itu bukan milikku lagi...
bintang itu sedang berbahagia disana...
sedangkan aku..???aku akan masih...masih menanti..
dan akan setia menanti..
hingga sampai 1 saataku tiada lagi dsini...
letih kuu..letihku akan semua ini...
bilakah ia akan berakhir....
mungkin sampai 1 saat...
bila bintang itu melafazkan bahwa
DIA tak memerlukan aku lagi..saat itu....
aku akan pasrah..akur....
mungkin semua ini ketentuan ilahi..namun hatikuu..hatiku ini..hati yg punya perasaan
wahai bintang….aku setia menanti dan berdoa agar bintangku ini akan kembali kepadaku…
~rIz~
16 February 2009
puisi cinta kau dan aku
Kalaupun syurga itu indah…aku tetap pilih kamu..
Kalaupun hembusan angin itu lebih menyenangkan…aku tetap pilih kamu..
Dan kalau waktu itu adalah nyawa.. aku akan tetap pilih kamu..
Dan sekarang kau tahu betapa besarnya kamu dalam aku kan ??..
Itulah rasa hati aku padamu betapa agungnya cinta yang aku beri…
Adat dunia andai ada yang tidak berkenan dihati kamu dengan sikap pasangan kita sendiri…
Oleh itu kita harus memberinya masa untuk menyempurnakan semua itu…
janganlah di humban cinta itu semudah ABC….sayangilah sebuah cinta itu kerana ianya anugerah...anugerah dari ilahi …mungkin kita tidak sedar apa yang kita lakukan akibatnya…
berfikirlah sebelum melakukan sesuatu..bak kata pepatah pujangga dulu..
“terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasalah badan”..
Sekali lafaz perpisahan terucap kamu sudah menghancurkan hatinya wahai insan yang bernama kekasih..
Sedarlah..pedihnya bak sembilu yang kecil..tidak Nampak dengan mata kasar tapi…
Teramat sakit..sakit yang tidak dapat diungkap…
Janganlah dilihat pada fizikalnya..ketahuilah hatinya….
Ku catitkan semua ini bukanya untuk menyalahkan mu dan memburukan mu..
Kamu teramat istemewa dalam hidupku..
tidak sekali ku menyalahkan mu..
tidak sekali ku membenci mu..
tidak sekali ku membuang mu..
tidak sekai ku menghina mu…
tidak mampu ku lakukan semua itu kerana cinta yang ku beri padamu tidak mengajarku
dengan semua itu…….
Hatiku tetap padamu..aku ingin kau tahu hati ini hanya untuk kamu..
Sayang..berbahagialah di dunia ini bersama insan yang kamu sayang kini..
Aku sentiasa mendoakan kamu..
Walaupun berat kata- kata ku ini tapi inilah caranya…
Apa yang penting ku ingin kamu bahagia walaupun kamu tidak bersama ku lagi..
Semasa menulis ini air matu ku seperti empangan tasik kenyir yang pecah..
Aku tahu..segala kenangan kita tidak ada bersamamu lagi..
Susah senang dizaman itu masih segar dalam ingatanku..
Aku masih ingat “date” pertama kita…
Date itulah yang membawa kisah pertama aku diuji sejauh mana cinta aku padamu..
Aku sangup mempertahankan diri dirimu dek “kesalahan kita berdating” disekolah..
Kelakar bila difikirkan..manusia yang baru setahun jagung tahu erti cinta itu berjuang habis- habisan bagi mempertahakan permaisuri hatinya..biarlah aku menanggung segala hukuman yang diberikan
Tetapi jangan di usik dirimu..itulah yang sering kukatakan bila menjawab segala pertuduhan untukku..
Sayang..adakah kamu ingat detik- detik itu?...
Tak mengapalah aku tidak menyalahkan dirimu…
Tidak aku lupa juga ketika aku sakit…sakit..kamu membuatkan aku air dan bagi ubat..
Aku terasa diri ini disayangi..amat disayangi..terima kasih sayang di atas semua itu..
Kita pernah bertikam lidah angkara masa yang tidak mengizinkan…
Setiap kali habis waktu persekolahan hatiku girang..nak tau tak kenapa?....
Sebabnya aku akan pulang ke asrama bersamamu..bestnya…
Aku akan ke blok kelasmu menjemputmu..biarlah apa orang nak kata yang penting bagiku..
Aku bersama dengan mu…kadang- kala sakit hati ku bila menjemputmu kamu sudah tiada..
Arhh..geramnya…
Aku tahu bak kata Kawan- kawan mu dimana kamu pergi tapi…kanapa tidak menunggu ku?...
Salah ke kita pergi bersama- sama..
Aku tau kamu segan…
Aku rasa panjang aku meleret tapi xpe aku nak lukan juga apa yang terpendam ini..
Setiap hari aku menjadi MC dekat sekolah…untuk aku tak rasa gementarnya dihadapan khalayak ramai mata ku tidak lepas meliar mencarimu..agar ku tenang apa yang kupandang adalah orang yang ku sayang…aku pelik,musykil bukanya aku tidak ada yang meminatiku disekolah itu..tapi..semuanya tidak dapat menarik pintu hati ku…
Dan bila datangnya kamu dalam hidupku memang aku sendiri pelik kenapa..kenapa ye..hati ni macam dah kena sakit..owhh baru ku tahu macam mana cinta itu yang sebenarnya..
Yang pertama ku rasakan cinta yang betul- betul cinta dalam hidupku..
Bermula pada itulah kisah kita bermula……
Dan bermula di UNIVERSITI lah segalanya berubah…………
Perubahan yang kurasakan amat ketara..amat berat..amat pedih..
Aku juga mengaku mungkin kerana kita terpaksa menempuh halangan yang amat besar..
Kamu dan aku berjahuan..selatan dan di tengah disebabkan faktor yang jauh adalah antara punca retak nya kasih yang kita bina ini…dahulu dizaman persekolahan kita setiap masa kita bersama …
Emmm…sakitnya bila diingat lagi…ku masih ingat kata- katamu yakni ingin seseorang yang sentiasa bersama mu..aku tidak mampu kita jauh sayang mengertilah…
Tak mapu nak ku coretkan lagi..aku sedih..aku akui aku agak sibuk dengan organisasi yang ku ceburi..
Tapi aku nak kamu paham inilah diriku inilah aku…
Maafkan aku tidak sentiasa membelaimu..
Maafkan aku tidak sentiasa berada disampingmu..
Maafkan aku tidak menjemput mu pulang ke bilk sehabisnya kelas..
Maafkan aku tidak dapat menemanimu ke perpustakaan..
Maafkanlah aku..aku tidak mampu..
Ku rasa cukuplah dahulu setakat ini..andai masa tidak sentiasa cemburu kepadaku akan ku coretkan lagi dan mungkin cerita yang penuh antara kita…
14 February 2009
~ cuma kamu ~
~ cuma kamu ~
bila nanti ada yang mencintai ku
tak akan pernah aku menerimanya
dan bila nanti datang bidadari
tak akan pernah hatiku kan ku beri
* karna kamu wanita yang telah ku pilih
cuma kamu penjaga hati ini
karna kamu wanita yang telah ku pilih
ku mohon jangan pergi
jadilah wanita yang ku puja
untuk selama-lamanya
jadilah wanita yang sempurna
selama kau bernyawa
11 February 2009
belajarlah menulis di atas pasir..
Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu. “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”
A bertanya, “Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir ?. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum B berkata, “Ketika seorang sahabat menyakiti hati kita, kita harus menulis di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatkannya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu...”
teman fahamilah maafkanlah segala kesilapan oarang yang pernah menyakiti kita..buangkan segala duka ..ingatlah segala kenangan manis bersamanya..kerana semua itu akan menjadi kenangan bila ia tiada di alam fana ALLAH ini lagi..
~rIz~
10 February 2009
maafkan andai ririku ada meninggalkan kesan dalam hatimu..
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
"Maafkan ku sekiranya diriku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati KAMU."
~rIz~
02 February 2009
selamat ulang tahun sayang
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita
Chorus
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu
bahagiakanlah DIA
seminggu cuti tapi bagi ku xda erti cuti yang sebenarnya...
urusan diri..dan juga sekeliling yang perlu di laksanakan dengan segera..
ku sengaja menyebok kan diri ni supaye kawan baik ku iaitu SEPI tidak datang menemani ku..
SEPI bukan aku menolak mu tapi aku tak sanggup..tak sangup sebenarnya...
tapi kini aku harus tabah aku tak mahu sekeliling ku yang anggap diriku ini pembantu mereka penasihat mereka jatuh,lemah,dan kalah dengan perasaan ku sendiri..
aku mendoakan orang yang ku sayang selama ni bahagia dengan apa saja yang dia lakukan,dengan sesiapa saja sahaja..dan harap sangap orang tu dapat bagi lebih segalanya kepadanya lebih dari ape yang aku bagi...aku nak tengok dia dapat apa itu cinta yang sebenar macam mana perasaan cinta itu sebenarnya.mungkin dia tidak merasakan cinta yang ku beri..xpelah aku amat meyayangimu sepenuh hidup ku akan ku bahagiakan mu walaupun bukan bersama ku..itulah pengorbanan cinta yang sejati..yang ku lakukan,ku inginkan dirimu mendapat baby2 yang comel2..rumah yang besar2..seperti apa yang dia idamkan...andai dia bahagia dengan semua itu mengertilah...diriku amat bahagia mendengarnya...kalau kita meyayangi seseorang itu bahagiakan lah dia...ingat tiada perkara yang terindah selain melihat orang yang kita sayang bahagia...
bahagialah sayang...
aku setiasa mendoakan mu...
26 January 2009
biar ku membawa diri
ku mencari teman..kawan..sahabat..
untuk mengisi kekosaongan ini...
tapi...
maafkan aku andai di salah ertikan...
tidak mengapa...aku mampu..aku boleh keseorangan..menjalani kehidupan seorang..
ku tak ingin menyakiti sesiapa..maafkan diriku...
ku ingin ingat daku dalam doa mu..
biarlah diri ku membawa diri...
maafkan ku teman
pertama-tama nak say sori kat seseorang yg mungkin baca my blog..
hadirnya aku semalam di tengah malam..bukan untuk menganggu..
terutama yang digelar kekasih @ awek orang....
aku mintak maap bebanyak ..xder niat nak kacau awek orang..
cuma mencari kengkawan lama..maaf kan diri ni andai terasa diri ni kacau awek orang..
ku amat mengharap dikau faham...terasa bersalah andai diri ni penyebab perosak..
tidak..tidak..tu bukan aku wahai teman...
diriku sentiasa doakan kebahagiaan kawan2 ku bersama insan tersayang...
diri ku tak kan menganggu mu lagi wahai insan..
ku tak ingin di salah ertikan..
maafkan teman...
24 January 2009
pemisah kita dunia dan barzakh
Yang hanya baru berputik yang baru mula belajar erti kehidupan seketika Cuma..
Cepat benar ianya beredar…
Kau melangkah jauh kehadapan jauh yang teramat jauh…yang tidak mungkin akan bersatu lagi..
Kau lebih disayangi-NYA..daripada aku hanya hamba kerdil..yang tidak pernah mengerti apakah Sebenarnya….
Diam kau disana…tanpa bergerak seinci pun..
Membujur kaku…tanpa suara..tanpa kata..
Pilu..pilu..teramat pilu hati ini..
Kini terkenang kembali saat- saat indah bersama..suka duka kita lalui bersama..kini..ku keseorangan…meniti kehidupan di dunia ini..
Dan kau keseorangan disana…kita telah dipisahkan…
Salam akhir buat teman..keluarga..sahabat..guru..dan sesiapa yang menegenali mu…
Salam akhir buat dunia yang fana ini…
Selamat datang berzakh yang menantimu…
Selamat menempuh perjalanan yang jauh ..teramat jauh….buat selama- lamanya…
Semoga kau selamat dan aman dalam tidur mu untuk selamanya disana…
Sentiasa doa ku kirimkan untuk mu sayang….
Selamat tinggal dunia…
untuk makhluk yg dilaknat
Tanggungjawabnya pasti dilaksanakan tidak perlu diseru..
Hari ini seperti hari- hari nan lalu…masuh mu tidak berganjak walau seinci Cuma…
Malah berpinak- pinak dan bertambah- tambah..
Musuh mu tidak akan datang tanpa undanganmu..
Musuhmu tidak akan bermaharajalela tanpa kerelaan mu..
Dalam senyap ia MENYELONGKAR TUBUH KERDIL MU..yang nyata dan jelas..
Tiada bakawali untuk di jadikan penawar..inilah hakikat..
Menyesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..
Duniamu hanya ingin menakluki insan insani lagak mu bagai doctor..
Tapi pada hakikatnya kotor niatmu…DILAKNAT ALLAH..
Hakikat harus ku hadapi..”selamat tinggal makhluk dilaknat”…selamat jalan benda jahanam”..
Duniaku bukan untuk mu..duniamu bukan disini..pergilah kau selama-lamanya dari kamus hidup ku..
Pergilah…….
23 January 2009
sepi ku menemani ku
Wahai sepi kenapa itu ada,mengapa hadir dalam diri ku ini walaupun teman ada tetapi
Kau lebih kuat bersama roh dan jasad ku ini…
Walaupun fizikal ku gembira tapi ku rasakan begitu sepi..sepi..amat sepi….
Ku rasakan bagai ada yang tidak mencukupi dalam kehidupan ku ini..
Kemana kah perginya perasaan yang dulunya ada bersama – sama roh dan jasad ku?...
Perasaan yang tidak dapat di ungkap oleh kata- kata lidah manusia..begitu riang,ria,dan tiada kekosongan dalam diri ini..wahai sepi…kini kau menjadi temanku,rakan ku,sahabatku suka duka..
Sepi menemani ku….dan dimanakah perasaaan yang dahulunya?...dimana?..
Kemana….puas ku melongkar keseluruh pelusuk dan sudut isi alam mencari penganti sepi ku ini..
Ku merasakan penuh dengan kerinduan..terasa diri ini ingin di belai..walaupun hanya pelukan bayu yang hanya sementara…BAYU BAWALAH SEPI INI TERBANG BERSAMA MU..agar ku tidak merasa sepi lagi…
Tapi mampukah aku?...sukarnya nak menipu roh dan jasad ini yang dilihat di mata kasar insan yang paling tabah di alam fana ALLAH ini..tiada duka walau sedikit..tetapi sepi yang menemani ku selama ini sebenarnya…
Sepi andai kau yang sebenarnya ingin menemani ku…aku rela…
Biarlah hanya sepi yang menemani ku…..
Kesepian ku ku ini akan akan menjadi sahabat,teman,kekasih,untuk roh dan jasad ku….
19 January 2009
resah sejarah ku lupakan..
ku semaikan benih- benih ...harapan..
bersama sejuta impian..
Dengan azam dan keyakinan..
ku tempuh cabaran kehidupan..
terujilah segala ketabahan dan erti kehidupan itu sendiri..
ya allah berikanlah kekuatan dan keimanan kepada diriku demi menempuh cabaran mendatang..
Ku mengharapkan kejayaan yang hakiki..
yang menanti ku dahadapan..
Namun.....hakikat belum NYATA..
ku mesti dah harus berusaha..
Suatu hari nanti..
akan ku pastikan aku berjaya..
AKAN AKU BUKTIKAN..
PADAMU AYAH BONDA SERTA INSAN YANG MENGENALI DIRI KU INI..
YANG AKU TIDAK LEMAH..
disitu nanti kita lihat..
kebenaran hakikat..
iaitu impian ku menjadi nyata..
dan kata telah ku KOTAKAN..
pADA ketika itu kata- kata ku bukanya hayalan..
dan jugak bukan lakonan dan omongan semata - mata..
tetapi inilah kenyataan yang hakiki..
kerana citaku di iringi doa ayah dan bonda ku serta rakan taulan serta berkan anugerah allah ya rabbi..
Pasti ku AKAN BERJAYA..
INILAH JANJI KU....
-NUKILAN HATI SEIKHLAS UNTUK TEMAN KARYA DARIKU NISHFARIZ HUSIN-